Friday, January 22, 2010

Aku Lelaki Biasa

Assalamualaikum..

Lagi-lagi emosional, lagi-lagi sentimental, inikah Ahmad Amshyar? Haha.. Entahlah, kadang-kadang tefikir juga, aku ni betul ke, terlalu ikut perasaan ke, terlalu fikirkan sesuatu ke. Aku tak mampu nak sembunyikan perasaan bahawa aku sekarang sedang ‘bingung’. Cakap memang murah beb, suruh sabar la, kuatkan semangat la. Jujur aku akui, aku tak biasa dengan situasi sekarang.

Aku cuba untuk elak serta lari dari masalah, aku cuba untuk lupa pada masalah tapi ternyata aku gagal. Aku lelaki hanya biasa, lelaki yang punya hati, lelaki yang punya perasaan. Jahat-jahat aku, zalim-zalim aku, kejam-kejam aku, aku tetap ada hati dan tetap ada perasaan. Aku bukan raih simpati, jauh sekali untuk berjanji lagi. Aku tak layak untuk berjanji lagi, aku serik untuk memungkiri lagi.

Kenapa aku menulis perihal ini? Nampak seperti membuka pekung didada malah aku akui aku segan bila ada yang membaca dan pasti si pembaca itu akan meluat. Tapi aku terpaksa kerna jari ini, hati ini, sentiasa meronta-ronta untuk ‘menari’ di atas papan kekunci. Aku perlu luah, aku perlu sampaikan even pada angin lalu. Aku lemah tatkala ini, aku terlalu rasakan bahawa langit itu rendah serta bumi itu sempit.

Aku harus berubah dan berubah, itulah sebenarnya yang klise tapi nyata. Jiwa ini seakan kosong serta perlukan sesuatu untuk menjadi penghiburnya. Aku akui juga bahawa aku harus perlu serta terus berjalan atas ketentuan-Nya Yang Maha Kuasa. Aku harus sentiasa ‘online’ dengan-Nya kerana hanya DIA yang Maha Pengasih serta Maha Penyayang. Ya Allah, fahamilah daku, jauhilah daku dari segala kesedihan serta ketidaksenangan hati.

Hanya mahu luah bukan mahu jatuhkan maruah. Aku lelaki biasa, aku lelaki yang mahu pada perkara-perkara yang baik-baik sahaja. Khilaf aku mohon dimaafkan sekaligus dilupakan segala perkara yang buruk-buruk itu. Aku mahu bahagia, aku mahu alam tahu bahawa hati aku jua mahukan gembira, bahagia, suka dan sewaktu dengannya. Maaf kerna masih dengan hati yang sentimental kerna aku hanya lelaki biasa.



"Apakah kau rasakan apa yang aku rasa
Atau kau tak endah
Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suci ku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima"


Amysha 14:51

No comments: