Thursday, January 21, 2010

Saatku Idamkan

Assalamualaikum..

Hanya tinggal kurang dari tujuh hari lagi aku akan menamatkan sisa-sisa ‘setahun’ di Inforana. Berbagai-bagai perasaan bercampur baur yang aku alami dan rasai tatkala ini. Tika jari ini memulakan penulisan, sebenarnya kami semua masih berjaga untuk menyiapkan kerja-kerja terakhir kursus yang sememangnya sungguh cerewet dan merumitkan. Aku masih keliru, masih pening dan masih terkedu dengan apa yang berlaku dalam hidupku kini.

Sahabat-sahabat serumah di ‘Villa Laily’ ini, satu persatu sudah meninggalkan bayang dan kami juga hanya menunggu masa sahaja untuk berbuat demikian. Pantasnya masa berlalu, sudah setahun rupanya aku di sini, di ‘villa’ yang cukup aku sayangi ini. Aku sedih mengenangkan perpisahan yang terjadi antara kami sahabat serumah. Terlalu banyak nostalgia! Tidak kira ia adalah baik mahupun pun, tetap akan ku semat dalam minda serta hati ini.

Bercerita tentang perpisahan, aku akui aku terlalu teruk sejak akhir-akhir ini even bersama teman-teman yang ‘istimewa’. Maafkan aku kerana membuat kalian semua berkecil hati serta keliru dengan apa yang berlaku. Dan muktakhir ini, ketika detik ini, aku mula merasakan bahawa aku sudah mendapat balasan atas apa yang aku ‘main’kan ke atas kalian. Peristiwa ini datang dengan sekelip mata dan pergi juga dengan sekelip mata. Aku keliru dan aku sedar kalian juga semestinya lebih keliru dengan tindakan aku.

Banyak perkara yang membuatkan diri kita menjadi ‘pelik’ serta ‘teruk’. Banyak sudah keburukan diri aku sendiri yang telah aku ‘tayang’ tidak kira dalam keadaan sedar mahupun tidak. Aku teruk, aku jahat dan aku malu kerana mainkan perasaan kalian. Hatta aku yakin, ini bukan kemahuan aku, ini bukan sikap serta sifat aku. Ia datang secara tiba-tiba kerana terlalu mengikut hawa nafsu serta gagal untuk bersikap agar sentiasa menghargai orang lain.

MAAFKAN AKU-Hanya ungkapan ini yang mampu aku berikan. Aku redha sekiranya aku dihukum dalam apa jua bentuk hukuman dari kalian. If aku ‘hilang’ kalian sekalipun, aku redha meskipun aku tahu bahawa aku ‘lemah’ tanpa kalian. Aku terlalu teruk, aku terlalu berasa bahawa diri ini seperti ‘raja’ dan aku sememangnya sudah tidak pandai untuk memberi penghargaan pada orang lain sepertimana yang aku lakukan dulu.

Aku sudah penat, aku mahu untuk merasa perkataan REHAT. Aku hanya mahukan ketenangan dan aku akan terus berjalan mengikut apa yang diaturkan-Nya. Tentang kita, kisah kita, aku akan terus mencuba serta mencuba. Aku tidak akan menjadi insan yang berputus asa meski seberapa teruknya aku. Tiada lagi ‘romantis’, tiada lagi ‘lembut’ lidah. Saat ini sebenarnya yang aku idamkan. Aku serik dan aku janji hati serta diri ini akan sentiasa mendoakan kalian. ‘Baran’ aku, bayang silam aku, pergilah kau dari sisi, pergi kau dari sini! Love You All So Much, babe!

Amysha 4:18

No comments: