Monday, January 18, 2010

Secebis Rasa Pagi Pukul Tiga

Assalamualaikum..

Pagi 18 Januari yang dingin, tatkala mata ‘keras’ selepas melihat aksi mat rempit yang sentiasa tidak berputus asa untuk ‘whilley’. Terbayang dan terfikir bagaimana mereka semua senang hati senantiasa untuk aksi yang berani mati tersebut! Sedangkan aku ini, jiwa ini, pemilik jasad ini, semakin hari semakin ‘merapu’. Semakin hari, semakin ‘gila’. Semakin hari, semakin ‘penat’. Semakin hari, semakin ‘pening’.

Jiwa-jiwa luka, boleh juga diumpamakan barangkali. Silap aku, khilaf aku, ‘dosa’ aku, membuatkan ada hati yang ada luka. Barangkali sebab sempitnya akal aku, buat hati itu terasa dan merana. Aku bukan insan hebat, jauh sekali untuk menjadi jahat. Aku penat.

Tuhan, jauh lagi untuk aku menjadi lebih sempurna. Suluhlah jalanku sentiasa, bersihkan segala kotoran jiwa. Andai punya kuasa, mahu saja aku undurkan masa agar tiada yang terluka. Agar segala bahagia lama kembali menyentuh. Agar ketawa kembali berderai-derai sentiasa. Namun aku insan hanya yang biasa, aku sakit jua bila terkena. Sampai masanya aku pasti akan berputus asa. Pohon jauh daripadanya, itulah harapan pada Azza Wa Jalla yang Esa.

Ibubapa, pohon pengertian ini, kembalilah pada bahagia. Adik-adik tercinta, senantiasalah ada pada jalan yang menuju cahaya. Yang tercinta, aku penat berdusta, aku serik untuk menjadi duka dan lara. Manusia yang berminda dianugerahkan-Nya, marilah sama-sama kita berusaha MENUJU BAHAGIA!

Amysha 3:04

No comments: