Tuesday, May 4, 2010

Misteri Mimpi Satria




Assalamualaikum..

Kali pertama selepas sebulan, aku menceritakan perihal SATRIA TU7268 yang telah hilang disyaki dicuri pada awal pagi 4 April 2010 yang lepas. Perkara yang tak dapat aku bayangkan pada tahap mana kesedihannya, tapi dari hari pertama aku kehilangan, namun aku buat-buat suka dan tak rasa apa-apa. Hehe. Sekelip mata, rasa bagai bermimpi hidup aku tanpa ‘dia’. Huh! Selepas bersama hampir lima tahun, boleh aku klasifikasikan bahawa ‘dia’ adalah objek atau sesuatu yang paling rapat dengan diri serta jiwa aku.

Pergi
Bercerita mengenai saat terakhir bersamanya, sememangnya seperti kehilangan manusia juga, punyai tanda-tanda yang tidak dapat kita rasa akan tiba ‘peristiwa’ itu.

Pertama - Petang 3 April, aku hubungi Maruan dan memberitahu hajat aku untuk memandu jauh dengan mengambilnya di Kuala Besut dari Kota Bharu. Sedangkan pada petang 4 April itu sememangnya aku berhajat untuk pulang ke Setiu. Maka gembiralah aku kerana dapat memandu ‘dia’ pada jarak yang jauh. Hehe, kononnyalah. Pelik sangat!!

Kedua – Waktu Asar hampir ke kemuncak dan aku mengambil keputusan untuk solat di Masjid Kedai Lalat. Sampai di sana, Maruan pun hairan kerana aku tiba-tiba keluarkan handphone serta mengambil gambar ‘dia’ berlatarkan masjid. Sesuatu yang jarang aku lakukan. Pelik!!

Ketiga – Selepas pulang dari menonton perlawanan Chelsea vs Man U, aku follow kereta Wiran Hanif dan singgah di kedai runcit untuk membeli sedikit barang keperluan. Dengan secara tiba-tiba, aku hulurkan kunci kerta pada Maruan dan mengarahkannya untuk memandu pulang ‘dia’ dengan alasan aku penat. Sedangkan sebelum itu, aku memang tak pernah untuk meminta sesiapa memandu kereta aku meskipun aku penat yang teramat sekalipun. Maruan memandu pulang kereta aku dengan perasaan yang pelik dan aku menumpang wira Hanif. Last, bukan aku yang bawa ‘dia’! Ralat serta pelik lagi!! Hehe..

Tiada Lagi
Seperti biasa, pagi Ahad 4 April aku bangun jam 6.00 pagi untuk menjalani latihan praktikal di Sutra Inn Prima, KB. 6.20 pagi aku turun dan cuba untuk menekan alarm, senyap! Gugur jantung aku bila melangkah keluar dan melihat ‘dia’ TIADA LAGI. Naik ke bilik dan cuba untuk bernafas kembali secara normal, aku hubungi keluarga untuk memaklumkannya serta rakan-rakan tanpa banyak soal terus menghulurkan bantuan untuk berusaha mencari serta membuat laporan polis.

Aku sememangnya masih tiada perasaan dan aku malas untuk memikirkannya secara mendalam kerana aku pasti akan kecewa serta sedih yang tiada berpenghujung! Aku hilang segala sijil-sijil (satu fail), aku hilang segala baju-baju (satu beg), aku hilang segala kasut-kasut (termasuk converse AMY!) dan aku hilang segala CD, VCD, DVD (satu folder). Aku redha dan aku mengaku yang aku pernah menangisi segala kehilangan tersebut.

Aku bukan manusia yang kuat dan aku cuba untuk menjadi cekal serta tabah. Aku fikir betapa banyaknya dosa-dosa aku yang mahu Allah SWT hapuskan, insyaAllah. Aku fikir betapa besarnya dugaan yang Allah SWT berikan adalah untuk meningkatkan serta menguji keimananku, insyaAllah.

Tamu Jiwa
Semoga ada yang baik dari segala yang kurang baik ini. Semoga aku semakin berfikir betapa hidup ini adalah 100% hak mutlak Yang Maha Esa. Semoga ada TAMU JIWA untuk aku kelak. Untuk membahgiakan aku, untuk menjadikan aku manusia yang sentiasa bersyukur dengan rahmat-MU. MISS U SO MUCH, TU7268!! Mmuahhh!

p/s : pic adalah dari FB Muhaymin Rashid (model Syidah Nur), TQ so much

Amysha 19:43

No comments: