Sunday, May 16, 2010

Eksklusif : Hari Itu sudah Berlalu

Assalamualaikum..

Dalam minda sudah lama ianya berlegar. Hati pula semakin meronta-ronta. Hehe. Mahu atau tidak, aku sememangnya ingin mewujudkan sebuah 'segmen' khas dan eksklusif untuk Duniamshyar ini. Meskipun merupakan sebuah blog yang biasa dan tidak popular namun bagi aku, ia adalah sebuah 'diari' yang merekodkan serta merakam pelbagai kenangan. Bezanya diari ini tidak dikunci dan disembunyikan. Diari ini adalah umum dan untuk tatapan kalian.

"Hari Itu sudah Berlalu", ini adalah tagline nya. Jika ada masa serta kesempatan, akan aku cuba untuk kembali merungkai pelbagai kenangan silam. Kenangan yang mengusik jiwa, kenangan yang menghakis rasa, segala-galanya aku cuba untuk aku 'rewind' kan. Andai ku miliki semalam, takkan ku ubah apapun kerna semalam itu terlalu indah! hehe, padahal lirik lagu Search. Pheewwitt!

Sudah hampir 23 tahun hidup bernafas di atas bumi-Nya, terlalu banyak juga peristiwa serta perkara yang pasti melekat diingatan. Aku mahu ia disatukan dan dirakamkan menerusi Duniamshyar. Insyaallah, jika punyai waktu yang terluang. Seperti hari ini, sudah dua entri dipostkan! haha..

Amysha 12:25

No comments: