Saturday, May 22, 2010

Hari Itu Sudah Berlalu : Kejutan Hari Lahir (2008)

Assalamualaikum..



24 September 2008 bersamaan 22 Tahun


Sedari awal lagi ‘projek’ ini berlegar diminda, entri pertama untuk segmen yang eksklusif ini adalah untuk menghargainya serta peristiwa ini. Biar apapun yang berlaku pada masa hadapan, perlu ada ‘simpanan’ bagi sesebuah memori atau peristiwa agar ia tidak ditelan zaman dan sentiasa berada dalam keadaan yang evergreen. Hehe.




23 September 2008, sehari sebelum tarikh sebenar 24 September yang merupakan Hari Ulangtahun Kelahiran insan yang bernama Zalehasiah Binti Ahmad. Gadis ni tua setahun dari aku, time peristiwa ini adalah ulangtahun kelahirannya yang ke 22. Dirancang pada bulan Ramadhan, aku bersama rakan-rakan ‘repeat’ sememangnya melakukan banyak kerja supaya majlis ini berjalan lancar. Bertemakan “Private Dinner 22th Zaleha Birthday”, aku gembira dan puas kerana dapat menghimpunkan kesemua classmate Za dan beberapa rakan rapatnya termasuk beberapa rakan aku sendiri.

Kejutanlah Kononnya, hehe

Bermula kira-kira jam 6.50 petang, kami semua dah berkumpul di Pantai Batu Buruk sambil menunggu kehadiran Za bersama beberapa temannya konon untuk berbuka puasa di pantai tersebut. Sedikit memori dan berdasarkan pic, yang menunggu di pantai adalah Aku, Saifuddin, Loh, Basyir, Syazrin, Halumi, Ain, Fatihah dan Asikkin dan yang dan yang bersama Za adalah Adha, Yatt, Fadhilah dan Yana (Tu pun kalau tak silap).





Time berbuka selepas azan maghrib, macam biasa la kejutan hari lahir. Za dan kawan-kawan datang, sambil kami semua buat la biar dia terkejut kononnya, keluarkan kek, nyanyi lagu birthday, potong kek, dan bla bla bla.. Ntahla, tak berapa ingat sangat juga sebenarnya apa yang berlaku. Hati pun berdebar-debar je sebelum majlis tu sebab takut kantoi, bagitau dia nak balik Setiu, berbuka puasa dengan tok. Hehe. Time tu juga ada la sesi bergambar, usik mengusik, kata mengata dan apa yang aku ingat aku ada bagi dia present jam tangan serta frame ucapan besday dari AMY SEARCH untuk Za.(aku dapatkannya dari Amy seminggu sebelum tu ketika berbuka di Cheng Ho).





Iftar Jama’ie a.k.a Makan Malam Fi Restoran Penyu




Tanpa membuang masa, kami semua terus solat maghrib di Masjid Ladang. Time ni sorang lagi baru datang, saudara Amar Arafat yang sebelum tu dah ada majlis berbuka di tempat lain. Perut memang lapar dan mengikut segala perancangan, majlis tersebut telah beralih ke Restoran Penyu berhampiran dengan bulatan Ladang. Maka makan malam lah kami semua dengan lauk yang boleh dikatakan best serta murah! TQ Pemilik restoran, encik Norman (rakan kongsi cheng ho Amy).





Last sekali, masih ada sedikit sesi bergambar. Hepi la jugok sebab dapat berkumpul ramai-ramai tanpa mengira fahaman politik! Haha.. Seriously, kos nampak sedikit mewah tetapi hakikatnya sega-galanya adalah sekadar mampu sahaja. Tujuan aku buat semua ni pun adalah untuk ‘menyatupadukan’ kami dan biar majlis ini menjadi satu perkara yang tidak dapat dilupakan meskipun satu hari nanti kami semua membawa haluan masing-masing.




Mencari Konklusi

Semoga persahabatn serta perhubungan ini terus kekal selamanya serta diberkati oleh Yang Maha Pencipta. Sebenarnya aku pun dah sedikit lupa peristiwa ni, tapi setelah membelek folder album-album lama, terus tergerak untuk aku ‘bukukan’ peristiwa ni agar ia menjadi tatapan untuk anak cucuku kelak! Haha. Tapi sekarang sifat serta sikap aku juga mungkin sudah banyak yang berubah. Kepada Za seta rakan-rakan, mohon dimaafkan seandainya aku pernah dan sentiasa menyakiti hati kalian. Semoga anda semua berjaya dan terus berjaya.

Salam Undang-Undang vs Perakaunan. Pheewwitt!

Amysha 11:22

2 comments:

~musytaquljannah~ said...

isk2..besdaya ain dop way gitu pown..hdiah pun xleyh~..huu

Amshyar Aminudin said...

nanti ain balik, am buat lagi grand utk ain! haha