Thursday, May 6, 2010

Karya 'Gila' Mengusik Jiwa

Assalamualaikum..

Hehe, kepada semua kawan-kawan D.I.A, aku baru je terbaca ‘kertas’ ni time kemas-kemas bilik tadi. Tak sangka pandai jugok Aimman n Loh bermadah puisi seloka. Aku ambik masa dalam 5 minit untuk taip balik dan up dalam FB. Semoga ianya dapat me ‘refresh’ kan balik ingatan kita antara satu sama lain.

Hope semua dalam keadaan yang baik-baik, berjaya dan bahagia selalu.
Jom kita senyum dan gelak sama-sama. Karya yang 'gila' nukilan merka berdua yang semestinya akan mengusik jiwa kita semua. Hehe:

Salam sejahtera pembuka ikatan,
Buat tatapan pembaca budiman,
Telatah pelajar DIA 6 kami paparkan,
Buat hiburan pembaca sekalian.

Sentiasa muncul agenda semasa,
Kelas senyap buatan semua,
Pemberi nasihat sepanjang masa,
Itulah En Syam papa tercinta.

20 orang pelajar kelas kami,
Punyai cita-cita yang tinggi,
Suruh ulangkaji ada kata boring,
Kelentonglah papa, I forgot to reading.

Orangnya hensem segak sekali,
Muhammad Tarmizi monitor kami,
Khairil Safwan berjiwa murni,
Penolong topup jawatan diberi.

Noor Hanin empunya nama,
Four flat itulah harapannya,
Tangan di meja menongkat kepala,
After 5 minit lenalah dia.

Nampak serius tapi ceria,
Rajin study tak kira masa,
Roharty, Rashidah, Aishah nama tercipta,
InsyaAllah nak ke Dublin katanya.

Kiut miut selamba orangnya,
Happy go lucky setiap masa,
Namun study Ain, Faza, Farahana dan Marina tak lupa,
Nak jadi Akauntan katanya.

Dalam kelas beri tumpuan,
Itulah Herzianti empunya gerangan,
Cerita power rangers dan doraemon tak ketinggalan,
Namun study tetap number one.

Every month fesyen pakaian bertukar,
Amshyar dan Din itulah dia,
Sekali tengok jantung bergegar,
Dua kali tenung terus histeria.

Orangnya rending sering perasan,
Hero UDM diberi gelaran,
Itulah Basyir jaguh perseorangan,
Raket Asya syir jadi pilihan.

Kisah seterusnya kami paparkan,
Cerita Aimman dan Abdullah empunya gerangan,
Angkut mengangkut jadi sasaran,
Demi teman kami turutkan.

Orangnya cute comel rupanya,
Baby dan Mami nama manjanya,
Masuk ke kelas panas katanya,
Kuat sikit aircond itulah ayatnya.

Dalam library tempat bertapa,
Noor Kartini empunya cerita,
Time nak copy sms lah dia,
Silap jawapan longkanglah kita.

Cuba teka siapakah dia,
Gadis Besut manis orangnya,
Time bergaya macam lecturer,
Tengok-tengok Haqqah rupanya.

Cakap lembut mendayu dayu
Selesailah sudah seloka kami,
Bila ketawa menusuk kalbu,
Harap anda terhibur hati.

Jika ada terguris di hati,
Harap maaf kami pohonkan,
Moga kita bertemu lagi,
Persahabatan ini jangan diputuskan.

NUKILAN ENGKU ABDULLAH & AIMMAN
15 APRIL 2008 (SELASA)
JAM 12.30 AM
KG GONG KAPAS DEKAT NGAN SABASUN


Amysha 13:28

No comments: