Monday, May 24, 2010

Hari Itu Sudah Berlalu : ‘Gila Bola’ Di SMKANI

Assalamualaikum..

Untuk entri ‘Hari Ini Sudah Berlalu’ kali ini, aku memilih untuk menghargai teman-teman seperjuangan semasa di SMKA Nurul Ittifaq (SMKANI) dulu. Aku disini selama 5 tahun, bermula dari 2000 hingga 2004! Bersempena dengan kejohanan Piala Dunia 2010 yang bakal berlangsung di Afrika Selatan pada Jun ini, ingin aku mengingatkan teman bahawa kita pernah dan sentiasa melalui ‘demam’ serta ‘musim’ bola semasa di SMKANI dulu.


Piala Dunia 2002 & EURO 2004


Lima tahun disini, apa yang diingati adalah wujudnya dua kejohanan besar bolasepak dunia iaitu Piala Dunia (Korea dan Jepun) pada 2002 dan Kejohanan Eropah pada 2004. Setiap tahun pula, seperti biasa debaran Liga Juara-Juara eropah sentiasa mencengkam. Awal pagi Rabu dan Khamis,mulalah kami semua (batch 2000) berjalan ke kantin sekolah tatkala orang lain semua diulit mimpi indah! Hehe. Jika fasiliti tidak memuaskan mahupun mencukupi, pelbagai usaha kami lakukan agar hajat untuk menonton bolasepak tidak tergendala.

Semasa kejohanan Piala Dunia serta Euro, ‘gila bola’ semakin memuncak dengan masing-masing dengan pilihan pasukan tersendiri. Paling diingati adalah impak dari skuad Azzuri iaitu Itali, saudara Shahiful Izuan, anda sememangnya ‘unik’! Haha. AC Milan dan Itali adalah antara skuad pilihan yang popular pada waktu tersebut. Biasanya kantin sekolah serta dewan makan menjadi pilihan buat kami menonton perlawanan bolasepak.

Realitinya Di ‘Gelanggang’

Bukan hanya menyokong serta menonton, malah aku serta rakan-rakan jua merupakan penggemar bolasepak di ‘gelanggang’! hehe. Pantang ada waktu terluang, pasti ia akan menjadi permainan. Tidak kira samaada ia musim peperiksaan mahupun tidak. Street Soccer berhampiran quarters guru juga menyaksikan cermin rumah tersebut pecah dan kami semua dihalau supaya bermain ditempat lain. Nostalgia! Hahaha. Masing-masing membebel dan meluahkan rasa tidak hati. Kadangkala waktu tengah malam pun kami sempat melepaskan gian dengan bermain di atas tar berhampiran surau. Gila!


Di padang pula, ada team sendiri. Ada skuad yang setiap petangnya sentiasa beradu kekuatan, kadangkala dengan semangat yang cukup luarbiasa dan bersungguh meskipun hanya sekadar ‘persahabatan’. Masih dalam memori, aku diarahkan untuk menjadi ‘bek kiri’ oleh ‘Paolo Izuan Maldini’. Hehe. Meskipun merupakan seorang yang tidakl hebat langsung, namun gembira dan puas kerana ‘peluh; itu adalah peluh yang mengembangkan sedikit bakat daripada terperap dibilik meskipun tatkala SPM! Haha.

Bolasepak Alternatif

Jika cuaca buruk ataupun beberapa situasi yang tidak mengizinkan kami untuk bermain, masih ada permainan yang masih berkaitan dengan bolasepak. Yang diingati adalah mainan bolasepak ‘kertas’. Menggunakan kertas keras dan melipatnya sebagai pemain, kami braksi seolah-olah dalam permainan yang sebenar. Siap dengan design jersi pasukan pilihan masing-masing lagi.

Seterusnya, permainan ‘belek buku’! Keputusannya ditulis dikertas dan kadangkala ia boleh ‘diaturkan’ juga mengikut logik akal. Haha! Contohnya pasukan AC Milan tidak akan tewas pada pasukan yang kerdil kerana tidak logik. Maka beleklah semula buku tesebut untuk mengetahui keputusannya. Kamu sememangnya ‘lagenda’ SHAHIFUL IZUAN BIN ISMAIL!


Kini, segala-galanya tinggal kenangan. Tiada lagi detik manis, indah dan lucu tesebut. Masing-masing kini membawa haluan sendiri dengan kebanyakannya sudah menempa kejayaan yang saya sendiri tidak mampu untuk mencapainya. Tapi ‘Gila Bola’ ini sentiasa berterusan dan saya fikir memori indah dulu terhadap bola di SMKANI tidak akan terpadam begitu sahaja pada ingatan ‘pelakon-pelakon’ tersebut.

Selamat menghadapi musim PIALA DUNIA yang bakal bermula 11 Jun ini! Glory-Glory MAN UTD!!

Amysha 16:45

3 comments:

ShahrulAzrin said...

salam mesya..wei aku ingat lagi mase tgok bola kat kantin tuh..hahahah..sape yg paling kecik dan muat masok dlm kantin..pasang tv..tgok bole..kenangan itu x kan kulupakan hahhaha....

kuchik_ind said...

ha3....feeling bc nostalgia ni sambil dgr lgu mengundur waktu dari search

Amshyar Aminudin said...

sharrul : haha! banyok rul kenangan tu. ni salah satunya, aku x ingat dah kalu mu x gitau hal ni! haha.. biasanya aku la g ceroboh masuk kantin.


kuchik : sape ni? perkenalkanlah diri bro..