Saturday, May 22, 2010

Suatu Masa Di Double Trouble

Assalamualaikum..

Phewwitt! 27 Mac yang lepas ada SUATU MASA Amy, lama gila baru nak review, haha, macam la reti sangat nak review! Hanya mahu bercerita dan berkongsi. 1st time masuk ISTANA BUDAYA! Pheww.. Tiket pun ambik yang paling murah, mendongak ke bawahla jawabnya. Encik Suhaimi memang berbeza 100%! After show, cakap kat bro Dalie yang aku rasa yang perform atas stage tadi, bukan AMY SEARCH yang dikenali sebelum ni.


Time ni amy tanya n banyak cerita kat aku, aku cakap dahla, cepat sikit, ramai tengah beratur kat belakang, hehe



Happy sebab ada ‘kalimah cinta’, lagu tema ni! 80% adalah lagu dari album solo beliau dan segmen yang paling aku suka time nyanyi lagu-lagu nama perempuan. Siap bermonolog dengan Ogy Ahmad Daud lagi. Reti pun dia berlakon, jauh la dengan karakter dalam filem Isabella dan Fenomena dulu. Hehe.


Epish after show di depan stage

1 Mei 2010, hari pekerja. Aku baru je abis ‘kerja’ di sutera inn prima KB dan terus mencari masalah di DOUBLE TROUBLE! Show superb dan tak peduli la orang nak cakap Wings lebih baik dari Search sekalipun, aku pergi kerana nak tengok Search dan menyokong serta mendokong perjuangan Duniasearch!

Tapi sampai ke hari ni masih terngiang-ngiang betapa gemuruhnya Mont Kiara dengan pekikan hampir 20000 lautan manusia yang sama-sama mengalunkan lagu yang dilontarkan oleh vokal bertenaga Amy serta Awie. Tabik juga buat Kid, Din, Nasir, Yazid, Eddie, Joe & Black!

Amysha 11:05

No comments: