Sunday, May 16, 2010

Terima Kasih 'LILIN'!

Assalamualaikum..

Hari ni 16 Mei, macam biasa HARI GURU. Klise nya sampai dalam FB macam-macam ucapan yang kita lihat. Saya tinggal di quarters guru, saya bergaul dengan ramai guru. Saya ada ibu dan bapa saudara sebelah bapa (keluarga 324) yang majoritinya adalah guru. Saya bangga mempunyai ramai sahabat yang sudah bergelar guru!

Terima kasih kepada semua insan yang bergelar guru terutamanya kepada guru saya di Tadika Al-Arqam Setiu, Tabika Chalok, SK Wangsa Maju KL, SK LKTP Chalok Barat, SMKA Nurul Ittifaq Besut, UDM Kusza & Inforana. Jasa kalian sememangnya tidak terbalas meskipun saya bukanlah seorang pelajar yang boleh dibanggakan seperti orang lain. hehe.

Biarku Menjadi Lilin

biarku menjadi lilin,
memberikan cahaya,
terangi sekeliling,
dengan diri terbakar,
tak siapa yang sedar,
di saat kegelapan,
rela aku berkorban,
demi satu harapan...

biar masa berlari,
dan kau terus mendaki,
aku tenang disini,
dengan sabar menanti,
tanpa dendam dan benci,
andainya kau terjatuh,
terluka dan tersungkur,
ku rawat biar sembuh...

aku takkan bertanya,
apakah nanti balasannya,
setiap pengorbanan,
setiap pemberian,
demi satu ikatan...

keikhlasan di hati,
walaupun sering kau ragui,
pada suatu masa dan suatu ketika,
akan ketara jua...

biarku menjadi lilin,
memberikan cahaya,
saat kau kesepian,
saat kau kegelapan,
ku rela menerangkan,
aku senang begini,
dapat terus berbakti,
dengan cara sendiri...

Terima kasih kerana sudi menjadi 'lilin' kepada kami semua! Love u all so much CIKGU..

Amysha 11:58


No comments: